Hasil libat urus bersama usahawan Bumiputera, Cina dan India, Kerajaan MADANI mengambil langkah segera bagi meringankan tekanan kos serta memastikan kelangsungan PMKS dalam mendepani krisis tenaga dan bekalan global:
📌 Sokongan Pembiayaan (SJPP)
• Jaminan RM5 bilion untuk PMKS terjejas
• Liputan pembiayaan sehingga 80% dengan tempoh jaminan hingga 10 tahun
• Penstrukturan semula pinjaman & bantuan bayaran balik
📌 Kelonggaran e-Invois
• Tempoh peralihan tambahan 12 bulan (hingga 31 Dis 2027)
• Untuk perniagaan jualan RM1 juta hingga RM5 juta
📌 Pengecualian Duti Import
• Pengecualian bagi pengimportan semula barangan buatan Malaysia
• Berkuat kuasa hingga 31 Disember 2026
• Memudahcara perniagaan terjejas akibat konflik Asia Barat
Dalam ketidaktentuan yang kian meruncing, keutamaan kita adalah memastikan PMKS terus bertahan, ekonomi kekal berdaya tahan dan rakyat dilindungi.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda