Thread

anwaribrahim
Berucap merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara (NATSEC) Asia 2026, saya menegaskan bahawa keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan ekonomi serta menjana produk bernilai tinggi kekal menjadi teras yang menarik minat pelabur global untuk terus memilih negara ini sebagai destinasi pelaburan utama. Sehubungan itu, saya menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama erat antara kerajaan dan industri dalam mendepani lonjakan teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan dan sistem autonomi, agar penerapannya sentiasa berteraskan prinsip keselamatan, ketelusan dan keadilan. Kerajaan kekal komited untuk memastikan disiplin dalam pelaksanaan dasar terus diperkasakan, perlindungan harta intelek diperkukuh, serta setiap kontrak dihormati dengan penuh integriti demi memelihara keyakinan pelabur dan rakan strategik. Insya-Allah, dengan asas ekonomi yang kukuh serta keupayaan menghasilkan produk bernilai tinggi yang memenuhi keperluan global, Malaysia akan terus berdiri sebagai rakan pelaburan yang diyakini dan dihormati di persada antarabangsa. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Revoo

Nenhum Voo ainda