Mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuala Terengganu bagi meneliti kemajuan projek serta isu pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), dengan penegasan bahawa setiap perancangan mesti dizahirkan melalui tindakan yang tuntas, cekap dan berkesan.
Perbincangan memberi fokus kepada keutamaan rakyat merangkumi pendidikan, infrastruktur, pengangkutan awam, kesihatan, sosioekonomi serta kebajikan, dengan pendekatan menyeluruh berteraskan nilai ihsan, keadilan dan amanah.
Kerajaan MADANI akan memastikan urusan dipermudah, penyelarasan diperkukuh dan pelaksanaan dipercepat agar setiap inisiatif sampai kepada rakyat tanpa hambatan birokrasi.
Saya tegaskan, tiada ruang bagi kelewatan atau kecuaian. Ukuran kejayaan adalah pada perubahan yang dirasai rakyat, bukan sekadar perancangan di atas kertas.
Semoga setiap perancangan ini benar-benar mengangkat taraf hidup selain memperkasa kehidupan rakyat Terengganu dengan sebaiknya, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda