Thread

anwaribrahim
Usai kunjungan di Kuala Kangsar, saya terus ke Masjid Ar-Rashid di Tambun untuk bertemu masyarakat setempat, termasuk wakil Orang Asli dari Kampung Makmur. Saya telah meluluskan peruntukan RM400,000 bagi menaik taraf infrastruktur Masjid Ar-Rashid, sebagai sebahagian komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkasa institusi ini. Dalam kunjungan ini, saya jelaskan bahawa krisis tenaga yang melanda dunia ketika ini kian meruncing akibat konflik yang dicetuskan oleh serangan Israel terhadap Iran dengan dukungan Amerika Syarikat. Keadaan ini telah mengganggu bekalan minyak global dan melonjakkan kos secara mendadak, termasuk di negara kita. Di sebalik tekanan ekonomi ketika ini, Kerajaan memberi keutamaan untuk terus melindungi rakyat dengan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter, antara yang terendah di dunia, serta menyalurkan subsidi diesel kepada nelayan, petani, peniaga dan mereka yang layak. Perbelanjaan subsidi kini meningkat kepada hampir RM6 bilion sebulan. Dalam menghadapi ujian ini, kita tidak harus berpecah atau saling menyalahkan, sebaliknya bangkit sebagai satu masyarakat yang matang dan bertanggungjawab. Kerajaan sedia mendengar denyut nadi rakyat melalui libat urus berterusan bersama pelbagai lapisan masyarakat. Dalam saat mencabar ini, kita perlu menghadapinya dengan kebijaksanaan, disiplin dan tanggungjawab bersama, serta terus memelihara rasa syukur dalam setiap keadaan. Insya-Allah, kita mampu mengharungi cabaran ini bersama-sama. وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat-Ku kepada kamu; dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda