Thread

anwaribrahim
Singgah ke Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor untuk menyantuni warga FELDA serta menyampaikan amanat kepada komuniti peneroka yang menjadi tulang belakang pembangunan luar bandar negara. Saya menegaskan bahawa FELDA tidak boleh dipinggirkan daripada arus pembangunan negara. Justeru, kemudahan asas khususnya perkhidmatan kesihatan perlu terus diperkasa dan dinaik taraf, termasuk penyediaan pusat dialisis yang lebih lengkap demi menjamin kebajikan warga setempat. Kebajikan rakyat, termasuk para peneroka, kekal sebagai teras kepada kemajuan dan kekuatan ekonomi negara. Dalam kesempatan ini, saya turut menjelaskan langkah-langkah diambil dalam mendepani krisis di Asia Barat dimana Kerajaan MADANI tidak akan mengabaikan kepentingan rakyat, sebaliknya akan terus berusaha sedaya upaya memastikan kesejahteraan negara terpelihara walau berdepan cabaran global yang tidak menentu. Warga FELDA diseru untuk terus peka terhadap perkembangan semasa serta bersama-sama memahami dan menyokong segala usaha kerajaan demi memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan. Sebelum beredar, saya mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM500,000 bagi membaiki dan menaik taraf keperluan asas, termasuk kemudahan sekolah dan masjid, demi keselesaan serta kesejahteraan masyarakat di Felda Semenchu. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Curtidas

Nenhum Voo ainda