Malaysia dan Vietnam terus memperkukuh hubungan persahabatan yang kini dipacu melalui Kerjasama Strategik Komprehensif yang merupakan satu-satunya seumpamanya antara Malaysia dan negara anggota ASEAN yang mencerminkan tingkat kepercayaan serta kesepaduan yang tinggi.
Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Vietnam, TYT Le Minh Hung, kami menzahirkan komitmen untuk memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), STEM, keselamatan makanan, tenaga boleh baharu serta tadbir urus kewangan yang lebih mampan dan progresif. Malaysia juga menyambut baik pemeteraian pelbagai inisiatif strategik termasuk MoU Ekonomi Digital dan pelaksanaan projek tenaga rentas sempadan yang mampu mendukung pertumbuhan serantau.
ASEAN harus terus bergerak sebagai wahana kerjasama yang berteraskan keyakinan, kemampanan dan kemajuan bersama. Dalam dunia yang semakin mencabar, kekuatan rantau ini bergantung kepada kesediaan kita memperkukuh jaringan ekonomi, pendidikan, teknologi dan kesejahteraan rakyat secara kolektif.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#ASEAN48