Saya telah menyertai ‘Asia Zero Emission Community (AZEC) Plus Online Summit on Energy Resilience’ atas jemputan Kerajaan Jepun.
Penghargaan dirakamkan kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, atas penganjuran sidang tergempar pada waktu yang amat kritikal ini, khususnya perkembangan terkini di Asia Barat yang menjejaskan Selat Hormuz, mengingatkan kita bahawa kestabilan bekalan tenaga amat penting bagi memastikan ekonomi kekal berdaya tahan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Malaysia kekal fokus memperkukuh kerjasama serantau melalui AZEC bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil, mencukupi dan berdaya tahan.
Sebagai negara pengeluar tenaga, termasuk gas asli cecair (LNG), Malaysia akan terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong keselamatan tenaga serantau, di samping mempelbagaikan sumber tenaga termasuk tenaga boleh baharu, serta memperkukuh sistem tenaga negara selaras dengan keutamaan pembangunan negara.
//
I participated in the Asia Zero Emission Community (AZEC) Plus Online Summit on Energy Resilience at the invitation of the Government of Japan. I thank Prime Minister Sanae Takaichi for convening this timely meeting. Recent developments in West Asia, particularly affecting the Strait of Hormuz, remind us that stable energy supply is critical to ensure economic resilience and safeguard the wellbeing of our people.
Malaysia remains committed to strengthening regional cooperation through AZEC to ensure stable, sufficient and resilient energy supply. As an energy producer, including liquefied natural gas (LNG), Malaysia will continue to play a constructive role in supporting regional energy security, while diversifying energy sources including renewable energy and strengthening our energy system in line with national development priorities.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda