Tiba di Johor Bahru untuk bersama keluarga besar KEADILAN dalam Konvensyen KEADILAN Negeri Johor hari ini.
KEADILAN Johor mesti terus memperkukuh semangat kebersamaan merentas semua lapisan, tanpa mengira pangkat, agar kekal sebagai parti yang matang, berdisiplin dan teguh setia kepada amanah perjuangan reformasi yang kita junjung sejak penubuhannya.
Johor telah melahirkan ramai pemimpin yang diberi mandat sebagai Ahli Parlimen membawa suara rakyat, khususnya dalam menangani kos sara hidup dan isu-isu semasa, lantas amanah dan kepercayaan ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan negara, dengan menggerakkan jentera hingga ke akar umbi, bukan untuk kepentingan peribadi.
Tatkala mendepani cabaran semasa, termasuk krisis di Asia Barat, saya menyeru agar semua pihak memanfaatkan ruang yang ada untuk memperjelas dan menyebarluaskan usaha Kerajaan MADANI dalam melindungi kebajikan rakyat, termasuk pelaksanaan langkah bersasar berkaitan subsidi bahan api, jaminan bekalan asas yang mencukupi, serta usaha berterusan memperkukuh daya tahan ekonomi negara agar kekal stabil dan berdaya saing.
Dalam masa yang sama, keutamaan kita adalah memastikan setiap dasar dan inisiatif yang dirangka benar-benar sampai ke peringkat rakyat, dirasai manfaatnya, dan tidak tersasar daripada matlamat asal.
Justeru, peranan jentera parti di semua peringkat amat penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat menyampaikan maklumat yang tepat, meredakan keresahan, serta memperkukuh keyakinan terhadap hala tuju negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda