Saya telah mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, sambil menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H serta menyuarakan kebimbangan terhadap situasi keselamatan yang semakin meruncing di selatan Lubnan dan ketegangan serantau yang kian meningkat.
Kesempatan ini, saya turut menghargai sokongan berterusan Kerajaan Lubnan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan anggota MALBATT kita di bawah UNIFIL agar terus dapat melaksanakan tugas dengan berkesan dalam suasana mencabar.
Dalam perbualan itu, saya memaklumkan bahawa Malaysia menggesa peluasan gencatan senjata merangkumi Lubnan, memandangkan negara itu terjejas teruk dengan kira-kira satu juta penduduk kehilangan tempat tinggal serta lebih 1,000 mangsa terkorban.
Saya menegaskan sokongan Malaysia terhadap kedaulatan Lubnan, mengutuk serangan ke atas infrastruktur awam, serta menyeru semua pihak untuk meredakan ketegangan dan kembali kepada dialog, di samping menyentuh situasi kemanusiaan yang semakin mendesak.
Mengakhiri perbualan, saya menzahirkan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Lubnan dan rakan antarabangsa dalam memulihkan keamanan dan kestabilan serantau.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda