Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50, dan mengambil kesempatan tersebut untuk turut menyentuh perkembangan mutakhir berkaitan konflik di Asia Barat.
Dalam suasana geopolitik dan ekonomi global yang semakin mencabar, kita tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan lama. Perancangan pembangunan negara harus beralih kepada model yang lebih inovatif, dinamik, serta tidak bergantung sepenuhnya kepada peruntukan Kerajaan semata-mata.
Mesyuarat ini telah meneliti pelbagai aspek perancangan fizikal negara dengan penekanan kepada pertumbuhan yang seimbang dan mampan, termasuk usaha memperkasa ekonomi tempatan serta memastikan penggunaan tanah yang lebih optimum dan berimpak tinggi.
Kerajaan MADANI kekal komited untuk mengangkat kualiti hidup rakyat melalui penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti, sistem mobiliti yang lebih cekap, serta pembangunan persekitaran bandar yang selesa dan lestari.
Sesungguhnya, pembangunan fizikal negara mesti berteraskan kesejahteraan rakyat ditambah dengan perancangan yang tersusun dan pelaksanaan yang berkesan, Insya-Allah kita akan terus memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda