Thread

anwaribrahim
Alhamdulillah. Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Surau Bomba Cyberjaya. Khutbah hari ini mengingatkan kita bahawa kesatuan ummah adalah suatu jihad demi melindungi maruah daripada anasir luar yang merosakkan, malah kegagalan memeliharanya adalah suatu bencana besar yang menjatuhkan sepertimana yang dilalui dinasti pemerintahan kerajaan Islam lampau. Kita dingatkan, apabila ummah bersatu padu, kekuatan akan kembali terbina, ekonomi diperkasa, kesejahteraan sosial diperkukuh dan pendidikan dipertingkatkan, lantas akan menjadi kuasa besar yang disegani untuk menangkis segala ancaman penggugat akidah dan kompas moral yang merosakkan. Usai solat Jumaat, saya beramah mesra dengan para jemaah sebelum kembali ke pejabat bagi meneruskan tugasan rasmi seterusnya. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda