Thread

anwaribrahim
Usai acara bersama NRES, saya singgah sebentar ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk melihat keadaan infrastruktur sekolah serta bertemu dengan pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO). Seramai 46 pelajar Tingkatan 1 hingga 4 yang menganggotai pasukan ini bakal menyertai pertandingan berprestij World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda pada 30 Julai depan. Keupayaan anak-anak ini untuk melangkah berani membawa bakat ke pentas dunia adalah cerminan kekuatan negara kita. Ia tidak hanya terukur pada angka dan pembangunan fizikal, tetapi juga pada keupayaan membina keyakinan, mendewasakan jiwa dan membentuk jati diri anak bangsa. Sebagai tanda sokongan, saya menyalurkan sumbangan RM100,000 bagi membantu persediaan dan perjalanan pasukan ini ke Eropah. Semoga ikhtiar ini terus menyemarakkan semangat mereka untuk mencipta kejayaan di sana. Saya doakan selamat maju jaya buat anak-anak Alam Shah Wind Orchestra. Gegarkan pentas Eropah dengan alunan muzik berkelas dunia, dan harumkan nama Malaysia dengan keindahan seni serta semangat yang tidak pernah luntur. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda