Thread

anwaribrahim
Merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2026M di Kuala Terengganu sebagai medan memperkukuh roh, akal dan jati diri umat berteraskan al-Quran. Majlis yang saban tahun diadakan ini bukan sekadar medan memperdengar ayat suci Al-Quran, namun lebih besar dari itu, memaknai usaha melahirkan Generasi Al-Quran yang unik (جيل القرءان الفريد) dalam menghadapi tantangan zaman. Saya tegaskan, kekuatan umat Islam tidak hanya terletak pada bacaan dan hafazan, tetapi pada penghayatan yang membentuk akhlak, memandu kepimpinan serta menterjemah nilai al-Quran dalam kehidupan dan pembangunan negara. Dalam dunia yang semakin mencabar, termasuk konflik berpanjangan di Asia Barat, umat tidak boleh terus lemah dan terpinggir. Kita mesti bangkit dengan kekuatan ilmu, penguasaan teknologi dan kesedaran yang tinggi, berlandaskan kefahaman Islam yang sebenar. Kerajaan MADANI akan terus memperkasa sistem pendidikan agar melahirkan generasi huffaz profesional, bukan sahaja menghafaz tetapi menguasai sains, teknologi dan kecerdasan buatan tanpa terpisah daripada akar akidah, akhlak dan nilai. Inilah pendekatan menggapai di langit, mengakar di bumi yang kita tekankan yakni menguasai ilmu baharu dan teknologi, namun tetap berpaksikan akidah, akhlak dan nilai. Ini adalah perjuangan berterusan untuk mengangkat martabat umat dan memaknai Islam sebagai kekuatan pembebasan, kemajuan dan keadilan. Insya-Allah, dengan ikhtiar dan istiqamah, kita akan melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berjiwa besar demi masa depan Malaysia MADANI. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda