Meraikan ketibaan Perdana Menteri Australia, @AlboMP yang memulakan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat.
PM Albanese dan delegasi diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).
Insya-Allah, lawatan ini akan terus memperkukuh usaha diplomatik dalam meredakan ketegangan serantau, di samping memastikan kelangsungan laluan perdagangan antarabangsa serta kestabilan rantaian bekalan tenaga demi kesejahteraan bersama.
Moga lawatan ini membuka lembaran baharu dalam mempererat hubungan Malaysia–Australia ke tahap yang lebih dinamik dan bermakna.
/
Welcome to Malaysia, Prime Minister Albanese. May this visit further deepen our diplomatic engagement in easing regional tensions, while safeguarding the continuity of international trade routes and strengthening the stability of energy supply chains for our shared prosperity.
🇲🇾🤝🇦🇺
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI