Melangsungkan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dalam semangat persahabatan dan kesepakatan yang kian utuh antara Malaysia dan Thailand.
Pertemuan ini menzahirkan iltizam bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala, termasuk mempercepat sasaran perdagangan USD30 bilion menjelang 2027 serta memperluas kesalinghubungan rentas sempadan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Kami turut menegaskan bahawa segala pertikaian mesti dileraikan secara damai berlandaskan undang-undang antarabangsa, di samping mempertahankan kesatuan ASEAN sebagai wahana keamanan dan kestabilan serantau. Malaysia kekal komited mendukung diplomasi, dialog dan prinsip yang berpaksi pada sikap saling hormat serta kepentingan bersama.
Dalam semangat kejiranan yang akrab, Malaysia dan Thailand akan terus memperhebat kerjasama melibatkan pembangunan sempadan, jaringan rel dan logistik, keselamatan tenaga, mitigasi banjir serta hubungan rakyat ke rakyat. Keakraban ini bukan sekadar meneruskan legasi persahabatan yang telah lama terbina, tetapi juga menjadi asas penting dalam menyemarak masa depan rantau yang lebih aman, makmur dan berdaya tahan. 
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#ASEAN48
Thread
Nenhum Voo ainda