Thread

anwaribrahim
Saya telah menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri China, Chen Yixin yang berkunjung ke Malaysia sebagai lawatan pertama beliau ke negara sahabat pada tahun ini. Sebagai rakan akrab kepada Malaysia, kehadiran tokoh kepimpinan tinggi dari Kerajaan China merupakan suatu ehwal yang sangat dihargai oleh saya dan seluruh jentera Kerajaan MADANI. Perbincangan kami terarah kepada perihal hubungan bilateral dari sisi kerjasama keselamatan dua negara, situasi geo-politik semasa dunia yang menuntut kerjasama erat dua negara sahabat dalam memastikan keselamatan dan kestabilan rantau ini terus utuh. Mendepani cabaran masa hadapan, kedua-dua negara bertekad memperkasa hubungan diplomatik serta kerjasama keselamatan agar kemakmuran yang dikecapi dari aspek sosial dan ekonomi yang dinikmati rakyat kedua negara sentiasa terpelihara. Moga kemajuan yang dicapai bersama oleh kedua-dua negara dalam pelbagai aspek akan terus menjadi dorongan untuk terus memacu hubungan akrab Malaysia dan China. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda