Thread

anwaribrahim
Alhamdulillah. Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Nurul Iman, Rawang. Khutbah hari ini mengingatkan kita bahawa pekerjaan adalah sebahagian daripada ibadah apabila dilaksanakan dengan niat yang benar, amanah dan ihsan. Ia menuntut kita melihat rezeki bukan sekadar hasil material, tetapi sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah, memakmurkan kehidupan, serta memberi manfaat kepada masyarakat. Sebelum itu, saya turut singgah menjamu selera di gerai berdekatan dan berkesempatan beramah mesra bersama para pengunjung sekitar bagi mendekatkan diri dengan denyut nadi rakyat dalam suasana yang sederhana namun penuh makna. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Responder
Laura Borges
Amei demais essa visão! Trabalhar com essa intenção muda a gente toda e aqui em Manaus o sábado tá tão radiante que dá até vontade de dançar na sala 💃✨