📞 📞 📞
Saya turut berhubung dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, bagi membincangkan perkembangan terkini konflik di Asia Barat yang kesannya semakin meruncing dan menghimpit seluruh dunia, termasuk negara-negara di Asia Tenggara.
Malaysia menyokong seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera dilaksanakan, di samping menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan.
Kami turut berkongsi kebimbangan serius terhadap penutupan Selat Hormuz serta serangan terhadap infrastruktur kritikal yang boleh menggugat kestabilan pasaran minyak dunia dan keselamatan tenaga serantau, khususnya di Asia Tenggara.
Saya dan PM Lawrence senada bahawa segala pertikaian harus diselesaikan melalui dialog dan saluran diplomatik. Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan, keadilan dan kestabilan di Asia Barat.
=====
I spoke with the Prime Minister of Singapore, Lawrence Wong today, to discuss the latest developments in the West Asia conflict, whose repercussions are growing more severe and are increasingly weighing on the global economy, including countries across Southeast Asia.
Malaysia supports the call by the United Nations for an immediate ceasefire, and urges all parties to return to the negotiating table.
We also expressed grave concern over the closure of the Strait of Hormuz and the continued attacks on critical infrastructure, which risk destabilising global oil markets and undermining regional energy security, particularly in Southeast Asia.
Prime Minister Lawrence Wong and I were of one mind that disputes must be resolved through dialogue and diplomacy. Malaysia, guided by a sense of responsibility and prudence, stands ready to support all efforts to de-escalate tensions and help restore peace, justice and stability in West Asia.
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda