Thread

anwaribrahim
Di perhimpunan bulanan bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pagi ini, saya tegaskan bahawa penguatkuasaan berintegriti mesti terus diperkukuh. Ketirisan dan penyeludupan tidak boleh dikompromi, dan tindakan mesti lebih tegas serta konsisten di semua peringkat. Saya turut mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan krisis tenaga global yang kini melanda dunia. Konflik di Asia Barat telah mencetuskan gangguan besar terhadap rantaian tenaga dan aliran bekalan. Gangguan di laluan strategik seperti Selat Hormuz pula meningkatkan kos pengangkutan, insurans dan risiko keselamatan. Walaupun bekalan masih wujud, kos untuk membawanya ke pasaran melonjak dan kesannya dirasai di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Alhamdulillah, negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk berdepan cabaran ini. Namun tekanan harga minyak dan bahan mentah global berada di luar kawalan kita. Justeru, kerajaan bertindak secara berhemah bagi menyeimbangkan perlindungan rakyat dengan keupayaan fiskal negara. Dalam menghadapi krisis ini, kerajaan melaksanakan beberapa langkah utama: 🚛 Subsidi Diesel Bersasar • Lebih 343,000 kenderaan pengangkutan barangan menikmati harga RM2.15 seliter • Lebih 10,000 nelayan dilindungi pada kadar RM1.65 seliter • Lebih 350,000 penerima BUDI MADANI (individu dan agri-komoditi) menerima bantuan tunai • Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter • Perbelanjaan subsidi petrol dan diesel mencecah sehingga RM7 bilion bagi mengekang kos logistik dan harga barangan • Penyasaran dilaksanakan bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan 🍗 Pengurusan Harga Ayam dan Telur • Peralihan daripada subsidi pukal kepada pendekatan kawalan harga yang lebih strategik • Menangani kartel melalui rundingan dan penguatkuasaan lebih tegas • Harga kekal terkawal, malah ada ketika lebih rendah berbanding tempoh subsidi • Penjimatan subsidi disalurkan semula kepada golongan sasar seperti petani dan nelayan ⚡ Subsidi Elektrik Bersasar • Penstrukturan tarif melindungi 85% pengguna domestik daripada kenaikan bil • 9 juta isi rumah menerima manfaat melalui Insentif Cekap Tenaga • Rebat RM40 kepada isi rumah miskin tegar serta rebat khas kepada institusi pendidikan, kesihatan dan kebajikan • Mekanisme pelarasan automatik memastikan kos bahan api diurus secara adil tanpa membebankan rakyat Dalam segala keterbatasan, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh dasar dan pelaksanaan agar setiap langkah benar-benar meringankan beban rakyat, sambil memastikan ekonomi negara kekal stabil dalam menghadapi ketidaktentuan global. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Curtidas

Nenhum Voo ainda