Thread

anwaribrahim
Alhamdulillah hari ini saya menerima kehadiran Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Muslim Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars) Fadhilatus Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti, bersama delegasi ke pejabat, dalam rangka program Syeikh di Malaysia kali ini. Banyak perkara yang telah kami bicarakan dalam pertemuan ini antaranya krisis peperangan dan penindasan, pancabulan kepada hak asasi dan kedaulatan bagi setiap negara. Syeikh Muhammad Al-Hasan turut berpesan, Malaysia kini bukan sahaja menjaga rakyatnya, bahkan telah menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda