Thread

anwaribrahim
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan menghadiri Forum Ilmuan Malaysia MADANI, wadah penting untuk menghimpunkan pandangan Kerajaan, akademia dan sektor profesional dalam membahaskan isu-isu mendesak negara secara terbuka dan berfakta. Dalam persekitaran global yang semakin mencabar, khususnya akibat krisis tenaga global, kita kini memasuki fasa baharu yang menuntut kesiapsiagaan, kejelasan dasar dan keberanian membuat keputusan yang sukar. Malaysia berdepan cabaran ini dengan asas yang kukuh didukung kestabilan politik serta kekuatan institusi yang telah membolehkan kita mengekalkan daya tahan ekonomi dan keyakinan pelabur. Namun, realitinya kita kini berada dalam situasi yang memerlukan seluruh negara bersiap siaga dan keutamaan Kerajaan kekal jelas bagi memastikan rakyat dilindungi sebaik mungkin, sementara langkah-langkah berhemat diambil untuk menjamin kestabilan ekonomi jangka sederhana dan panjang. Dalam keadaan ini, pendekatan kita mesti berlandaskan fakta, disiplin dan rasa tanggungjawab bersama agar setiap keputusan bukan sahaja tepat, tetapi adil dan berteraskan ihsan kepada rakyat. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI

Nenhum Voo ainda