Thread

anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Dasar Awam Amazon Web Services (AWS), Michael Punke bersama delegasi dalam kerangka pencapaian satu tahun pelancaran Rantau AWS di Malaysia, satu pelaburan strategik yang memperkukuh kedudukan negara sebagai hab digital serantau. Perbincangan tertumpu kepada kemajuan pelaburan AWS dan kesannya terhadap ekonomi negara, khususnya dalam mempercepat agenda transformasi digital dan penggunaan awan Kerajaan MADANI, pembangunan bakat tempatan serta komitmen terhadap kelestarian. AWS menekankan bahawa kekuatan infrastruktur dan kecekapan rantaian pembekalan Malaysia adalah antara faktor utama kepada kejayaan pelaburan mereka. Justeru, saya tekankan bahawa AWS harus terus memperluas limpahan peluang kepada syarikat tempatan untuk terlibat secara lebih bermakna dalam ekosistem global mereka. Kerajaan akan terus memperkukuh dasar sedia ada bagi memastikan manfaat jangka panjang daripada pelaburan strategik ini, di samping menggalakkan kerjasama lebih luas antara pembekal tempatan dengan ekosistem pusat data dan teknologi awan. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
1Responder