Pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Singapura, @LawrenceWongST, memberi ruang untuk Malaysia dan Singapura terus memperkukuh kerjasama strategik yang berteraskan kepentingan bersama, kestabilan serantau serta kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
Antara fokus utama yang disentuh termasuk mempercepat pelaksanaan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), memastikan projek RTS Link dapat beroperasi menjelang penghujung tahun 2026, memperluas kerjasama tenaga boleh diperbaharui dan ASEAN Power Grid, di samping memperdalam kerjasama dalam bidang Carbon Capture and Storage (CCS).
Malaysia turut menegaskan kepentingan meneruskan rundingan berkaitan sempadan maritim secara konstruktif dan berlandaskan undang-undang antarabangsa, selain memastikan isu bekalan air, ruang udara serta pengurusan Kuala Lumpur Flight Information Region (KL FIR) ditangani menerusi semangat hormat-menghormati dan persefahaman dua hala.
Dalam membicarakan perkembangan serantau dan antarabangsa, Malaysia menekankan kepentingan gencatan senjata berkekalan di Timur Tengah, kebebasan pelayaran di Selat Hormuz, serta keperluan ASEAN terus memainkan peranan yang berprinsip dalam memelihara kestabilan, keselamatan dan kelangsungan rantaian bekalan global.
🇲🇾🇸🇬
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#ASEAN48
Thread
Nenhum Voo ainda