Majlis Ramah Mesra MADANI bersama pelajar tahfiz Negeri Terengganu hari ini memberi ruang untuk saya mendekati anak-anak yang menuntut ilmu dalam suasana penuh adab dan kesungguhan.
Institusi tahfiz memainkan peranan besar dalam membentuk generasi berakhlak mulia, berilmu dan berintegriti, selari dengan hasrat membangun masyarakat yang berteraskan nilai ihsan.
Saya tegaskan bahawa generasi ini bukan sekadar pewaris, sebaliknya pemimpin masa hadapan negara. Justeru, anak-anak tahfiz perlu melengkapkan diri bukan sahaja dengan penguasaan al-Quran, tetapi juga ilmu dan teknologi moden agar lahir generasi huffaz profesional yang mampu memacu perubahan dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Saya turut berpesan agar sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun, meneliti dan memastikan kesahihan setiap maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkannya. Usah terpengaruh dengan suara-suara sumbang yang tidak berlandaskan fakta serta gemar menabur dakyah palsu.
Peganglah pada kebenaran, perkukuh ilmu, dan teruskan usaha menjadi insan yang membawa manfaat kepada ummah dan negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#IslahMADANI
Thread
Nenhum Voo ainda